Exchange Link

Tuesday, January 24, 2012

~no title~

rindu masa macam ni,
sekarang sume pun dah lain je..

Adam Darwisy Turns 3

10 January haritu genap la umur anak buah aku 3 tahun.
Sekejap je rasa besar dah Adam,

22 January, Ahad buat majlis sikit sempena birthday Adam.
Ibu Adam beli kek Doraemon untuk Adam.
Hari Sabtu ada pergi survey survey kek ingat nak tempah
tapi kalau tempah lambat lak dia siapkan so beli terus je tak tempah.

Okayy jom layan gambar~

ni la kek Adam,
comel kan? :)


adam dengan opah <3

adam dengan 'tacik' & ibu

adam ngan opah, ibu, tacik

adam ngan opah, tacik, tacu

gelagat budak excited dengan kek dia ^^




*adam panggil aku 'tacu' sepatutnya maksu & akak aku yang
sepatutnya makcik dia panggil 'tacik'
**kecik kecik dulu dia tak reti sebut last last sampai
sekarang lekat nama tu, huuu

Kbai!
:)

Memancing Ikan @ HBUK

Tajuk entry macam aku pulak yang memancing kan.
Padahal menyibuk tengok orang memancing je punn.
Sibuk nak kecoh kecoh konon aku yang memancing.
Mampu? Haha.

Okay bila masa tah aku pergi mancing ni aku pun tak ingat.
actually takde rancang pun nak pegi mancing,
pagi tu pergi jogging je sebenarnya.
Jogging dengan roomate si Puji,
jalan jalan kat Pekan Tanjung makan tengahari sume pastu balik la.
On the way balik jumpa kawan diorang ajak pergi tengok pertandingan memancing kitorang pun laju jela ikut.
Tengah tengah penat harus la ikut sebab diorang naik kete, haha.

Dok kat situ satu hal berjemur je pulak.
Tapi takpe nasib baik la best,
aku tengok je pun diorang mancing sebab aku tak reti pun mancing, heee.
Puji ada try mancing tapi sampai ke sudah tak dapat ikannya.
Orang lain dah dapat 2,3 ekor dia sekor pon tak dapat, haha ^^
Memancing sangat perlukan kesabaran,
kalau aku la yang memancing memang tak tahan la.
Haha.

ada gaya macam pemancing professional tak?
heee :P

comel kan ikan ni?
ape nama tah -,-

tadaaaaa,
hasilnya :P

roomate sayaaa :)

upload gambar pegang ikan tu ramai pulak yang komen,
kawan yang ajak mancing tu panas je sebab diorang yang mancing
tapi aku pulak sebok sebok macam aku yang mancing, haha.
Sekali sekala bergambar macam pemancing apa salahnya kan?
:P

Monday, January 23, 2012

Semester 3 bermula! :)


Hai orang kampung!
Sem 3 dah bermula dah 3 minggu dah pon (rasanya la..hee)
1st day semester 3 berjalan dengan lancar dan hari yang setusnya
pon sama berjalan dengan lancar jugak..
Ohhh intake baru kumpulan 1/2012 sangat la ramai okay,
Nurse+Ma ada dalam 400++ kot (ikut apa yang aku dengar la)
Dan intake 1/2012 nursing adalah intake yang paling ramai,
alahai junior-junior..

dah dapat kad matrik KSKB <3

Okayy dah start belajar something yang best-best.. haha~
Sem ni belajar obstetric, gynaecology, paedeatric
(betol ke tidak ntah eja)
Obstetric sangat menyeronokkan!
tapi jadi sangat ngeri bila tengok video orang bersalin secara normal
kat dalam kelas, Subhanallah sangat sangat takut.
Macam tu rupanya mak aku bersalinkan aku dulu,
thanks mom :)

Sem ni 6 minggu je belajar dalam kelas,
minggu-minggu seterusnya dah pergi posting.
Kali ni dapat pegi posting merata-rata tempat.
Tapi still dalam kawasan Perak lagi la.
2 minggu pertama bakal posting kat Hospital Kuala Kangsar, lepastu
Hospital Ipoh, Hospital taiping, Hospital Manjung
& last sekali Hospital Teluk Intan..
Wahh pusing Perak la nampaknya sem ni :))
Pertengahan bulan 2 ni dah start posting.. Nebes pulak rasa, huuu..

Pointer sem lepas dah tau masa minggu first belajar hari tu.
Ok pointer menurun, banyak main kot.
Tapi still bersyukur dapat 3 pointer above.

kami still berLIMA :)
tapi rindu GENG lepak sem lepas :'(



and lastly muaxxxx!
:P


kbai!

Cuti Cuti Cuti~! :D

Hoyyeah hoyeaahhh i'm backk! :P
Setelah di tolak tambah darab bahagi semua dah 20++ hari tak update blog kan?
Satu pencapaian yang memuaskan. Haha!
Okay sekarang tengah cuti boleh la nak update blog.
Cuti 5 hari je sempena raya cina.

Cuti dihabiskan di rumah je takde gi mane pon.
Ouhh cuti kali ni ada buat majlis hari jadi anak sedara aku tapi nanti update kat lain entry la.

Rabu ni nak kena balik kolej dah, so kena manfaatkan cuti ni sebaik mungkin.
Online sepuas-puasnya hahaha~
Kat kolej nanti takleh nak online dah line takde sume pon takde.
Dapat bilik pendalaman harus la line takde, menyampah!
Sem ni tukar bilik kat kawasan yang agak pendalaman,
pemandangan kat luar tak indah langsung buat aku tak tau perkembangan semasa je.. Huhhh

Okayy Happy Chinese New Year & Gong Xi Fa Chai to all my chinese friends & sesiapa yg sambut.. Have a great holiday :)

Sunday, January 1, 2012

Goodbye Home.. Welcome KSKB UK

hyeee!

Dah nak balik kolej dah kan, lagi 2,3 jam aku dah nak balek kolej.
Arghhh taknak taknak.
Tak puas lagi dok umah.
Sebulan dok umah tiba-tiba dah kena balek
kolej nanti mesti rasa homesick tak pepasal kan, huuu..
Apa-apa pon kena balek kolej jugak.
Wahh dah masuk sem 3 dah kan??
Sekejap betol rasa,
haihh~

Bakal belajar perkara yang menarik sem 3 ni,
semangat tu pentingg.
Padahal nanti mula la malas-malas dah,
mula-mula je semangat lebih.
haha~

Blog ni maybe bakal di abaikan lagi,
busy dengan kehidupan sebagai seorang student la katekan.
haha! :D

Bye semua, aku kembali ke bumi KSKB UK ter'cinta'!
:)

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum!

Again, main masak-masak lagi aku ni. Kali ni masak kek pulakk. Ouhh sengaja masak kek sebab aku nak bawak balek kolej nanti lagipon dah lama tak masak kek saje nak asah bakat terpendam aku ni! haha~

Resepi yang aku guna memang dari dulu lagi dok pakai, mak aku punya resepi dia amek dari kawan dia. So aku sebagai anak yang rajin memasak memang kerap kali la membuat kek kan. Sampai dah hafal dah resepinya. huhu~!

Okayy jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan:
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla + secubit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan minyak masak
  • Coklat masakan
Cara-cara pulakk:
  1. Pukul telur sehingga kembang, masukkan esen vanilla & secubit garam
  2. Dalam bekas yg lain pulak, campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko & milo kemudian gaul.
  3. Gula di masukkan dalam air panas, kacau hingga gula cair kemudian masukkan susu cair.
  4. Bila telur dah kembang, campuran tepung tadi dimasukkan sikit demi sedikit kemudian campuran air gula + susu cair secara berselang seli. (dalam masa yg sama dah boleh sediakan pengukus)
  5. Apabila adunan dah sebati, masukkan minyak masak. Kacau hingga sebati.
  6. Kukus adunan selama 45 minit
*coklat masakan perlu dicairkan mengguna kaedah double boiler. Campurkan coklat masakan dengan sedikit mentega atau butter dan sedikit air.
*bila kek dah siap masak, tuang coklat atas kek dan ratakan.
*siap!

ni la rupa kek aku..
sedap kannn?
:D

Kbai!