Exchange Link

Sunday, December 16, 2012

Persahabatan itu Indah jika...

Assalamualaikum.

Persahabatan itu indah jika ada kepercayaan antara satu sama lain. Indah jika ada kesefahaman antara satu sama lain. Bertambah indah jika saling memahami. Lebih indah jika sentiasa menasihati. Semakin indah jika jujur sesama sendiri.


Kadang-kadang tu perkara yang kecil pon boleh rosakkan persahabatan kan? Bertindak tanpa berfikir macam-macam boleh jadi. Aku rasa bila bermasam muka tak bertegur sapa pastu berbaik semula semua tu dah jadi lain. Hubungan persahabatan kali kedua tu dah tak seindah persahabatan kali pertama. Bukan tindakan yang bijak kalau tiba-tiba nak bermasam muka taknak bertegur sapa pastu menjauhkan diri.

Adat dalam berkawan mesti ada terasa hati tapi kena pandai hendle semua tu. Tak semua perkara orang boleh puaskan hati kita dan tak semua perkara jugak kita boleh puaskan hati semua orang. Bagi aku jalan selamat kalau dah terasa simpan jee dalam hati atau pon berterus terang dengan yang terlibat tu. Daripada terasa hati then tetiba menjauhkan diri.. Ahhh aku takleh terima semua tu.

Okay malas nak membebel panjang-panjang nanti ada yang sentap. Ehh.

#Sekadar luahan untuk diri sendiri.

Saturday, December 15, 2012

Kejap Ada Kejap Takde

Assalamualaikum
:)

Wahh lamanya tak update blog last update adalah 30 jun. See gila kentang berapa bulan dah blog ni diabaikan. Kesian kesian.

Kalau time rajin update blog bukan main lagi tiap-tiap hari pon nak update. Bila tak update hamek kau berbulan terus sepi je blog aku nih. Ehh bukan malas nak update tapi macam biasa la busy busy dan busyyy. Tapi kadang-kadang memang malas pon haha.

Kadang-kadang bila fikir rasa nak tutup je blog nih. Tapi kalau tutup takde la segala macam cerita + kenangan yang dah ditulis kat sini. Kan? Bila-bila dah lupa cerita-cerita lama boleh la baca semula entry entry lepas *ceyy kesiannya aku sendiri punya entry sendiri yang baca sobss. Kadang kadang kawan kawan aku gigih tau suruh aku update blog tapi tu la masalahnya time nak update tu takde idea nk update apa huhhh -.-'

Sekarang tengah cuti sem yeayy! Bila cuti sem la baru nak update blog nampak permainan dia =D Alhamdulillah dah selamat menghabiskan sem 4 dengan jayanyaaa. Berjaya ke? Alhamdulillah syukur dengan keputusan tu, walaupon ada rasa kesal + kecewa + sedih. Lupakann yang penting dah boleh naik ke final year semester 5, merah dibahu merah itu berani ^^ *angkat angkat kening ecehh belagakk! =D

Bye! =)

Saturday, June 30, 2012

Berakhirnya cuti semester.

Waaaa sedihnya cuti sem dah habis. Dah nak kena balik kolej. So sad.. Tak puas lagi cuti okay. Mana cukup cuti sekejap je! Tapi perjuangan harus diteruskan. Ececehhh..


Yeahh bakal masuk ke semester 4 pulak. Wahh dah semester 4 kan? Cam tak caye jek :) Tak ada apa sangat nak cakap pasal semester 3, Alhamdulillah boleh lalui dengan baik walaupun kadang-kadang ada masalah ke apa, tu semua ujian kan.

Okehhh bakal ada course baru kat kolej aku iaitu Pembantu Farmasi. So total semua ada 3 course, Kejururawatan, Pembantu Perubatan & Pembantu Farmasi. Makin sesak la kolej nampaknya -.-'

Nampaknya blog akan diabaikan lagi. Macam biasa la aku bila dah balik kolej. Memang takan online la. Online facebook je kadang-kadang gigih guna henfon :D Kesian blog aku takleh nak layan hari hari dah. Takpe-takpe nanti cuti or bila ada free time aku bagi kasih sayang secukupnya kat kau blog :D

Hope semester 4 akan dilalui dengan lancar. Doakan segala urusan aku sentiasa dipermudahkan :)


Bye! :)