Exchange Link

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012~

Hello peeps!

Nampaknya dah masuk tahun 2012 kan? Kali ni ada entry pembukaan untuk tahun ni, wahh semangat mengupdate blog kan. Alhamdulillah dah masuk tahun 2012, kita still dapat bernafas kat dunia ni kan? Ouhh umur pon makin meningkat kan? Semoga dengan pertambahan umur ni dapat mematangkan diri kita & semoga kita di beri peluang untuk menambahkan amalan diri kita.

Harap-harap tahun ni aku boleh lalui dengan senang, semoga segala apa yang di lakukan akan dipermudahkan & sentiasa mendapat kesihatan yang baik. Aminnn! :)

Azam aku tahun ni? huhu.. Aku tak penah tetapkan azam aku sebab takut tak boleh di capai. Tapi harap-harap tahun ni aku boleh belajar rajin untuk semester 3 yg bakal aku masuk lagi 2,3 hari dan semester 4 bulan 7 maybe. Semoga setiap apa yg aku belajar sentiasa di berkati.. Kalau boleh nak kumpul duit tahun ni, nak buat kawen. Haha! Just joking :P

Apa-apa pon Selamat Tahun Baru 2012! :)

*gambar credit pd En. Google :)

Goodbye 2011~


Hey hey!

2011 dah sampai penghujung, sekejap je rasa kan dah nak masuk 2012 dah, oh nooo means umur aku pon dah nak masuk 20tahun, ngeri okayy bila nak sebut puluh-puluh ni.. Dulu belas-belasan gituu, lepas ni bila orang tanya dah puluh-puluhan gituu.. Apakah? Nak taknak umur tetap meningkat kite takleh nak halang semua ni kan.

Okayy, pasal perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni.. Sekejap je kan dah 1 tahun aku jadi student nursing, tahun lepas belajar kat UiTM lagi, tup tupp awal tahun aku dah tukar tempat belajar. 1 januari 2011 aku daftar kat tempat baru, Kolej Kejururawatan Taiping (KKT). Hujung bulan 6 tak silap dah pindah ke kolej baru, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKB UK) dan masuk semester ke 2.

Hidup kat KKT 100% berbeza. Dari segi persekitaran aku memang suka hidup kat KKT, tenang je sebab semua pon perempuan je nak keluar pon senang sebab dekat. Tapi dari segi sikap orang sekeliling aku lebih suka hidup kat KSKB UK, sebab kat KKT sikap orang-orang sekeliling sangat-sangat la menjengkelkan. Serius aku tak suka -,- Aku benci bila ingat balek sikap manusia yang tak sedar diri. Aku tak tujukan kat sape-sape biar aku je yang tau.

Okay habis. Tiba-tiba teringat kat kawan-kawan UiTM, kalau ikut sekarang dah 1tahun++ aku kenal diorang.. Rindu kat ex-classmate, ex-roomate & kawan-kawan yg lain. Kadang-kadang rasa macam friendship kat UiTM dulu memang setakat tu je, sekarang memang jarang dah contact ngan diorang semua. Walaupun dengan kawan-kawan rapat sendiri. Kadang-kadang rasa macam salah sendiri sebab tak tegur diorang tapi.. Hmmmm, abaikann :)

classmate tapi tak semua ada yang lelaki takdeee -,-

kyla, lynn & aku.
kawan.

roomate.

member lepak, klu ngan diorang mmg tak berenti la gelak kann :DD

sapix, lynn, aku & kyla or dalam nama lain :
abg wel, ngek, ngok & nguk (eh betol ke?)
kalian bertiga still ingat nama ni? :P

Tapi takpe, aku still ada kawan-kawan yang baik ngan akuu, 4 oarang yang paling rapat ngan aku. Sayang korang lebih laaa! Auwwww ;)

Semoga apa yang berlaku tahun ni boleh kita jadikan tauladan. Habis entry penutup tahun 2011 ni, nanti update untuk entry pembuka tahun 2012 plakk. Bye semua! :D

*sory kalau entry ni ada buat mana-mana kawan aku yg baca terasa, sory sesangat!
*mohon maaf sebab letak gambar-gambar lama kat dalam entry ni.
*tak salah kan kita imbas balek cerita lama sebab semua tu kenangan kan?

Monday, December 26, 2011

Pancake versi Ira :)

Assalamualaikum,

Semalam maen masak-masak feeling pulak macam masak kat kitchen Masterchef Malaysia memang syokkk abes la kann :P Rancang mula-mula nak buat Kek Batik tapi pegi kedai nak beli Biskut Marie habes la pulak cancel buat Kek Batik terus buat Pancake je. Ni je mak mampu, auwwww :D

Resepi aku tak sure aku amek dari mane sebab aku google banyak-banyak keluar pastu aku try & error je buat suka-suka hati aku nak buat tak ikut sangat pon resepi.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum (aku buat 1 1/2 cawan)
  • Baking powder (aku guna soda bikarbonat)
  • Gula (aku letak suka hati aku jee :P )
  • Susu segar (aku guna susu Dutch lady yg Full Cream tu kotak kecik punya)
  • 2 sudu besar Marjerin (cairkan)
  • 1 biji Telur (aku guna 2biji so rasa Telur dlm Pancake tu kuat sgt)
  • Esen vanilla (saje aku letak sebab nak bagi wangi)
Cara-cara:
  1. Campurkan tepung, gula & baking powder dalam bekas, ketepikan dulu.
  2. Campurkan marjerin, susu & telur. gaul sampai sebati.
  3. Masukkan campuran marjerin, susu & telur kat dalam tepung sume tu. Gaul sampai sebati. (aku ada terbaca kat 1 blog tu takleh gaul lama-lama sebab takut nanti jadi keras & liat).
  1. Panaskan non-stick pan.
  2. Letak 1 senduk adunan kat dalam kuali (letak ikut suka nak size pancake tu besar mana).
  3. Masak sampai naik gelembung-gelembung kat pancake tu pastu baru alih.
  1. Bila dah warna kuning-kuning (erkk kuning ke?) boleh la di angkat.
  2. Siap!
aku taktau nape rupa Pancake aku camni, tapi anggap jela sebab 1st time buat sebab tu tak cantek + tak gebu, huuuu

Resepi ni lebih pada ikut pandai je aku buat ni tak ikut resepi sangat. Pastu pasal baking powder dengan soda bikarbonat tu aku tak tau apa beza dia.. Ada sape-sape tau tak?? And 1 more, orang makan Pancake ni ngan madu or syrup whatever la kan? Tapi aku tak makan ngan apa pon sebab aku rasa pancake tu dah cukup manis tak yah ada syrup pon takpe..

Untuk resepi yang lebih terjamin boleh tengok kat sini (Pancake). Actually resepi Pancake ni bila tengok kat mana-mana pon lebih kurang je takde beza pon. Okayy sekian! byeeeee :))

Sunday, December 25, 2011

End of Semester 2

Assalamualaikum,

Semester 2 dah pon habes, wohh rasa sekejap je dah habes. Semester yang paling tough boleh jugak aku hadap dengan segala macam jenis penyakit + ubat-ubatan memang susah yang teramat. Serius memang stress macam-macam benda nak kena hadap bukan pasal study je tapi kerenah orang-orang sekeliling yang berfikiran kurang matang -.-' Bukan nak cakap aku dah matang tapi memang tu je yang boleh aku gambarkan dengan kerenah mereka-mereka tuu.

hijauhijau, sem depan dah pakai biru dahh :D

Alhamdulillah walaupon sem 2 ni sem yang susah tapi aku pass jugakk, cumanya tak tau lagi berapa pointer yang aku dapat.. takut jugak klu pointer menurun dari sem 1.. tapi rasanya memang menurun kot, haha. Apa-apa pon dah lulus tu kira syukur la bukan senang nak lulus.

Posting dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Tiap-tiap hari ulang-alik naik bas agak penat sebenarnya tapi bila dah hari-hari lali dah tak ingat dah penat semua tu. Seronok posting melayan macam-macam kerenah patient macam-macam pengalaman lagi yang aku dapat sem ni, lagi banyak dari sem lepas sebab dah bertambah prosedur yang boleh di buat.

ni masa kena kemas dewan lepas habes exam orang kemas dewan kitorang bergambar :P

takde keje -,-

Habes cerita pasal study pasal posting, nak cerita pasal kerajinan aku & kawan-kawan aku berjogging kat dalam Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK). Wahhh rajin ke buat-buat rajin je sebenarnya? haha. Sebenarnya tak jogging sangat pon eksyen je lebih pakai kasut sukan bagai gaya memang macam nak jogging hakikatnyaaaa jalan je haha. Pusing-pusing dalam HBUK serius baru aku tau HBUK memang cantik :)

ni la buktinya kitorang rajin, haha. padahnya suruh kanak-kanak riang tangkap gambar di suruh tangkap gambar full di tangkapnya gambar kaki.. kau ada??

Sekarang tengah cuti sem, before cuti sem haritu sempat lagi overnight tapi dekat mcD jelaa overnight pon atas sebab perkara-perkara yang tak boleh di elakkan.

aku dengan roomate aku Puji

toiletmate aku Syira with Ayu

ni puji la ni memang takde keje sangat dah :P

Dah nak masuk semester 3 makin banyak la tanggungjawab yang nak di bawak. Harap-harap sem 3 lagi baik dari sem 1 & 2 dah harap-harap sem 3 boleh aku hadap dengan tenangg. ByeBye!

Blog Berwajah Baru! :P

Assalamualaikum,

Okayy dah lama kan tak update blog?
Kesian blog ni di abaikan sory tauu blogg :D
Bukan taknak update tapi lepas raya haritu sangat-sangat busy kat kolej.
Busy dengan exam + posting sampai takde masa nak beri kasih sayang kat blog.
Eh sekarang dah cuti tapi kenapa tak update blog jugak nih?
Sebab aku malass, haha!
Bukan apa aku dah lama abaikan blog ni tetibe nak update rasa macam malas sangat, dah nak habis cuti aku baru la aku sampai seru nak update blog nih.

Blog dah pakai baju baru nampaknya.
Edit blog rajin pulak aku ni kann..
Cuma header je tak cantik sebab aku malas nak berphotoshop.
Eh semua pon malas bila kau nak rajin ni Ira? :P

Okaylah update setakat ni je dulu,
bagi blog ni hidup suam-suam sikit nantilain masa update lagi.
Banyak benda nak story mory tapi tu la kannn..
Nanti jelaa update lain.

ouhh takde gambar nak letak,
letak gambaq ni ja la..
anak buah aku,
Nur Syahindah Syasyalina
:)
kbai!

Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri :)


Pejam celik pejam celik dah nak raya kan..
Sekejap je dah masuk hari ke 29 kita puasa.
Sekejap je semua berlalu..
Ramadhan dah nak berlalu pergi, Aidilfitri pulak bakal datang..

Camana korang punya persiapan nak sambut raya?
Mesti meriah kann?
Aku punya sambutan raya tahun ni tak meriah pon..
Biasa biasa je..
Pasal tahun ni aku beraya kat Penang je dengan mak aku, akak aku Ila & akak aku Ura dengan anak n suami dia..
Sedih tak dapat beraya kat Pahang..
Rindu nak balik Pahang, rindu nak beraya dengan kawan kawan kat Pahang..
First time aku beraya dekat Penang..
& konfem konfem la raya kali ni tak best sebab akak aku keje raya ni..

Percaya tak aku tak beli pon baju raya?
Sebab aku bukan nak pergi mana pon hari raya nanti,
so baik tak yah beli baju raya kan..
Membazir jeeee.. huhu
Bukannya aku ada kawan pon yang nak beraya sama sama ngan aku..
Dok umah jela jawabnya..

Apa apa pon aku nak ucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..
Buat kawan kawan or sesape la yang kenal aku,
mintak maaf banyak banyak kalau ada buat salah silapp.
0-0 yeee?
Untuk kawan kawan basic 1/2011 KSKB UK dan sesiapa yang berkaitan,
raya raya jugak..
tapi jangan lupa lepas raya exam formatif menanti kita :)


Tak lupa jugak,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan! :)

Saturday, August 27, 2011

Buka Puasa @ Batu Gajah, Perak.


Masa puasa hari yang ke 21, aku ngan kawan kawan sempat pergi berbuka kat rumah makcik cafe yang rapat ngan kitorangg..
Benda semua memang dah di rancangg..
Yang join makan makan buka puasa tu ada 12 orang.
7 lelaki & 5 perempuan.
Makcik datang ambik kami semua kat kolej..
Budak lelaki makcik ambik sabtu malam & kitorang yang perempuan ni ahad pagi baru pergi umah makcik..
Hajat hati nak tidur umah makcik tapi tak boleh sebab kitorang kitorang yang perempuan ni ada roll call tak macam budak lelaki takde.
So diorang boleh la keluar bermalam kat luar sesuke hati diorang jee..
Jelesjeles -,-

Makcik ambik pagi ahad tu, tapi takdela pagi sangat dalam pukul 11 jugak la baru gerak dari kolej tuu..
Sebelum pergi ke rumah makcik singgah pasar dulu untuk beli barang barang nak masak..
Serius banyak gila beli..
Dah macam nak buat kenduri pulakk.

ini lakonan semata mata.. bukan aku pon yang pilih ikan,
tapi makcik yang pilih sebenarnya :P

Sampai rumah sembahyang semua dulu pastu start buat kerja.
Budak lelaki mula mula je semangat tolong buat kerja pastu last last
si perempuan perempuan yang rajin ni jugak la yang tinggal kat dapurr.
Makcik dah kata makcik tolong sikit sikit je haritu,
selebihnya kitorang kena buat & masak sendiri.

syira, aku & along.
sedia bahan nak buat air asam.

masak sambil senyum..
apakah? haha

Dah siap masak semua pon dok lepak lepak je.
Sementara nak tunggu pukul 5 nak bakar ayam ada yang main gitar ada yang main game
ada yang tengok tv & ada jugak yang tidurr.

cubaan menghidupkan api.

Okay, malas nak cerita panjang.
Meh tengok gambar sepanjang membakar ayam tuu.
Kitorang budak perempuan lebih pada menyibuk je dari menolong bakar ayam. haha~



yummyyyyy!

Gambar gambar kat bawah ni lebih kepada gambar nak berposing je.. :P

yg tengah tu la makcik :)

lakonan semata mata.

yang ni pon lakonan jugakk.

puji buat buat tolong renjis minyak kat ayam tuu :P

???

Okay lahhh baiiiii :)

Sunday, August 14, 2011

Pengalaman Berbuka & Bersahur yang menyedihkann :(


sobs sobs..
huuu
Pengalaman yang memang takley lupaa.
Serius sadis gila ok!
1st time aku menangis sebab makan..
haha

Sebenarnya bukan menangis sebab makan,
tapi menangis lebih pada sedih je..
Bayangkan aku ngan kawan kawan aku berbuka,
makan nasi lemak 3 pinggan share 5 org.
wohhh time tu la aku teringat kat umah.
Menitik air mata..
sobsss
haha!

Kesnya sebab kedai banyak tak bukak.
Masa tu hari ke 7 puasa,
hari ahad kann..
Kitorang pulak tak keluar.
Memang tak expect langsung kedai banyak tutup..

bayangkan makan 3 pinggan ni untuk 5 orang..

Tapi tetap bersyukur sebab ada jugak makanan nak makan
daripada takde kann..
& terima kasih jugak kat abang roti canai kat cafe sebab jual
roti canai murah kat kitorang haritu..
:)

Lagi satu peristiwa sedihhh,
kena sahur dalam gelap je..
Elektrik takde tibe tibe..
sobss
Masa tu hari ke 8 puasa.
Nasib nasib..
Tapi pape pon bersyukur tu tetap ada..
Sebab still berpeluang nak makan..
Kan??




14 ramadhan.


Entry untuk Puasa hari ke 2 sampai hari ke 13 takde,
sebab takde masa nak update blogg.
semenjak dua menjak ni agak busy sikit..
Tapi aku tak tau la busy sebab apa. haha
Nak kata aku study tak jugakk, huuu..
*tau dek mak aku mati akuu..

Bulan bulan puasa ni dugaan betol bila dalam kelas..
First time aku rasa mengantuk gila bila belajar.
Before ni aku susah kot nak rasa mengantuk dalam kelas,
sekarang ni naik juling juling mata aku sebab tahan mengantukk. haha~
sebab tak cukup glucose dengan oksigen mungkin??
Almaklumla puasa katakan, huuu

Sepanjang 13 hari berpuasa kat sini, dapat jugak la aku berterawih.
Tapi tak tiap tiap hari la pergi..
Ada hari ponteng terawih sebab banyak kerja nak buat.
Tapi bila sehari dah ponteng terawih mula la hari hari rasa nak ponteng :D

Sedih jugak tak dapat berbuka ngan mak aku kat rumah, huu..
Haritu akak aku siap bagitau lagi mak aku masak apa,
sedihnyaaaa! :(
Tapi takpe hidup perlu diteruskan jugak. haha.. apakah?
Berbuka puasa dengan kawan kawan pon seronok jugak.
Sorang sikit beli makanan lama lama penuh meja sampai tak larat nak makan.
Before ni selalu berbuka 5 orang je..
Aku, puji, syira, ain & ayu.
Tapi sekarang dah ada geng baru nak berbuka!
Dengan junior & makcik cafe..
*junior la sangat kannn? HAHA
Rasa macam berbuka dengan family sendiri pulak, huuuu..

Sepanjang puasa ni ada peristiwa berbuka & bersahur yang menyedihkan :(
Tapi nanti update kat next entry pulak laaa..
byebye! :)

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan..

1st day puasa..
Puasa kat tempat baru,
suasana baru semua pon baru.

Puasa + Kelas.
Takla penat sangat kelas hari ni,
pengajar bagi keluar kelas awal..
Memang terbaik la kann.
Kang bukak puasa tak tau la camane..
Nanti pukul 6sengah baru nak turun cafe tengok
ada makanan ke takk..
Kalau takde camane?
Nasib ko la Ira..
Tapi mesti ada punya kott.

Pagi tadi sahur makan roti je..
+ serunding yang kawan aku bawak.
Waaa nak sahur & berbuka kat umahh :(

Hmmm..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ye semua..
Selamat berpuasa,
semoga segala apa yang kita buat mendapat
keberkatan & keredhaan dariNYA..
amin.

Sunday, July 31, 2011

Anugerah yang tak di jangka.. Alhamdulillah :)


Assalamualaikum..

Waaaa lama tak update blog kannn.
Lama jugak aku tak online kan..
Dah sebulan dok kat tempat baru, buat masa sekarang ok la tempat ni.
Tempat yang sangat cantik + besar..
2 haribulan 7 haritu pindah sini.
Berapa kali tangguh pindah last last 2haribulan baru jadi pindah.

Ok, berbalik pada tajuk..
Just nak kongsi sikit pasal apa yang aku dapat.
Bukan nak menunjuk..
Anugerah? Boleh kata macam anugerah laa..
Aku pon tak jangka boleh dapat.
Tapi tiba tiba nama kena panggil, agak terkejut la jugakk..
Sangat sangat bersyukur laa kan..


*trofi tu bukan aku yang punya.. kawan aku yang punya..
tapi saje pegang buat bergambar.. nak amik berkat la katakan..
:)
tu untuk best student jee, yang dapat pointer tertinggi.
hope sem ni aku pulak yang dapat..
Aminnn.


*ok, ni aku dapat.. sijil + pen yang ada cop kolej aku..
syukur sangat sangat dapat pointer yang elok..


Pemilihan untuk Pelatih Akademik Terbaik ni di buat berdasarkan pointer..
3.8 dan ke atas..
Aku harap sangat boleh kekalkan pointer yang elok camni sampai sem 6.
Tapi takut jugak sebab makin naik sem makin susah.
Lagi lagi subjek sem 2 ni, orang kata sem 2 ni sem paling tough..
Doakan aku boleh study elok elok kat sini & kekalkan pointer yang bagus..
:))

Wednesday, June 22, 2011

Mintak tolong siketttt~


Nak mintak tolong jasa baik semua,
tolong vote kawan aku nih kat sini,
dia join contest 'Awak nie kiut lah~' kat facebook.
So sape yang rasa dia ni cute like la gambar dia ea~!
:))

Mula mula like page Awak nie kiut lah~


Pastuh like gambar kawan aku nihh,

Ni la budaknya..cute takk?? :))


Kthnxbai

Cuti Sem Dah Nak Habis!


Dah berapa hari tak update blog kan?? Lepas update pasal UiTM Penang kena hack terus abaikan je blog nihh.. Kejam sungguh -,-' Entry pasal result haritu pon dibiarkan je senyap takde kesinambungan. huhu. Aku bukan apa tak update blog nih, tapi busy sangat la sekarang nihh.. HAHA. *busy buat apa kau ira? cam PM pulak kan nak busy busy bagai, ingat kau artis nak busy busy gi shooting?* ouhh sebenarnya tak busy ponn tapi saje saje buat busy boleh? Busy makan, tidur, online jeee. Tu la keje aku hari hari. *gemok la kau ira* -.-'

Cakap pasal result, Alhamdulillah result sangat sangat memuaskan. Tak jangka pon boleh dapat pointer yang bagi aku sangat sangat ok. Kalau kat U boleh kata Dekan dahh, hehe. Alhamdulillah :)


Ok sekarang cuti sem dah nak habis. Tinggal berapa hari je lagi. Harini hari Rabu, esok Khamis (yessss elaun masokkkkk!), lusa Jumaat dah kena balik kolej. Tapi tiket tak beli lagi Tawakkal jela boleh kan? Kalau ada tiket ada la kalau takde takde la.. haha~ Tapi rasanya ada kot tiket nak ke Kamunting sebab setiap 1jam akan ada bas (nak balik Taiping kena pergi Kamunting dulu pastu baru pergi Taiping).

Cuti dah nak habis tapi ak tetap takde keinsafan nak buat assignment. Apakah? Serius aku memang tak buat, sangat sangat malas ok. Tengah tengah cuti mana nak ada mood buat assignment. Aku just google siket siket je info pastu teros save tak bukak bukak dah, hehe~ Tengok la esok mesti aku baru rasa insaf nak siapkan assignment. Tu pon kalau betul betul insaf laa -.-'

Masa masa terakhir kat rumah ni aku banyak teringin nak makan pulak taktau kenapa. Adehh~ Sebab nanti dah balik kolej tak dapat dah nak makan masakan mak aku so sementara ada kat rumah ni kena la makan makan dan teros makan :))

Jumaat balik kolej, Isnin dah kena pindah KSKB Ulu Kinta. Harap harap semuanya ok. Mintak mintak la tak dapat bilik kat aras tinggi tinggi. Tak larat la nak angkut barang kalau dibuatnya aku dapat aras 5 boleh pengsan aku dah la takde lif. Sem baru, life baru bermula kat tempat baru. Harap harap semuanya berjalan lancar & mintak mintak la aku makin rajin nak study kat sana nanti.. :)


Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Jadi UiTM Penang :)


Okeyy..
Excited aku nak wish Selamat Hari Jadi kat UiTM Penang.
haha~
Hari Jadi UiTM Penang yang ke 15.
Sebenarnya aku lagi excited sebab website UiTM Penang dah kena hack.
haha :D

Serius comel ok cara dia hack.
Siap ada lagu Selamat Hari Jadi lagi.
+ pesanan untuk lecturer.
Memang anak murid yang tak lupakan lecturer nihh :p

Tengok kat sini :

Apa-apa pon,
Selamat Hari Jadi UiTM yang ke 15..
UiTM di Hatiku <3

*Update*
Orang yang hack web UiTM Penang ni dulu penah hack fb Students of UiTM Pulau Pinang 2010 sampaikan admin group tu buat group lain. Group ni group kitorang yang intake Julai 2010. Tempat kenal2 before masuk Uitm.


Monday, June 13, 2011

Hazama JUARA af9


Assalamualaikumm.
Tadi mesti ramai yang mengadap tv tengok konsert final af9 kan?
Akademi Fantasia yang terakhir iaitu Akademi Fantasia 9.
Juaranya dah di umumkan tadii..
Tentu tentunya Hazama yang menang.
I like Hazama, hehe

1st : Hazama
2nd : Lena
3rd : Fina
4th : Azri

Ntah masa bila aku start minat Hazama tahh aku pon tak tauu.
Haha~
Yang aku tau aku baru start tengok AF masa Erul terkeluar haritu.
Sebelum sebelum ni tak penah tengok pon.
Tapi start tengok tu teros minat Hazama.
Kawtimmmmmmm! :D



*gambar amik kat sini

Wednesday, June 8, 2011

Penantian 1 Penyeksaan :(


ok, hari ni dah 8hb.. Ada apa ngan 8hb? Result aku keluar la weyyyyy..
Aku dah debar tahap maksimum dah nihh.. Dok tunggu2 ja nih..
Sekarang dah pukul 12.. Sedang menanti panggilan.. Tapi aku tak mau dapat panggilan..
Takutnyaaaaa!!!!!! :( Kalau aku tak dapat panggilan, means aku lulus..
Dan aku perlu menunggu pukul 2 untuk call pengajar penyelaras aku untuk tau result..
Ohoo rasa macam nak pengsan sekejap pastu nanti baru bangon balik bole? haha :p

Debar2 aku nih semacam je online fb dok komen2 ngan membe2 aku.. siap ajar membe aku join says.my lagi HAHA. Bila dah debar tak tentu arah macam macam yang di buat ny..
Semua update status nak cakap punya takutnya nak tau result.. aduhaiiii~
Tapi yang banyaknya mengarut jee dari cakap mende2 berfaedah.. :DD

Berapa minit je lagiiii.. huhhhhhh

Monday, June 6, 2011

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta


Aku ada jumpa gambar KSKB Ulu Kinta.
Tapi tak banyak la.
Ada 3 je kot.
Jom tengok gambarnya ------>



Ni gambar bilik kot.
Aku pon tak sure.
Rasanya ye.
Kalau bilik macam ni memang la semangat aku nak pindah.
Kawan2 aku sume pon excited je nak pindah.



Surau agaknya -.-


Bangunan apa tak pasti pulak.
Bangunan asrama mungkin..

Lepas tengok gambar-gambar KSKB tu,
automatik rasa semangat + tak sabar nak pindah ok.
haha~

Result oh Result..


Assalamualaikum..

Rajin kan aku update blogg? haha~
Ni namanya Ira sedang BOSAN!
Bosan tahap cipan..
Dah mula rindu suasana kat kolej..
Suasana dalam dorm..
Rindu kat kumpulan 1/2011..


Kumpulan 1/2011


8/6/2011 ni result final exam kitorang keluar..
Wahh sangat2 takut ok!
Puan kata dia hanya akan call insan2 yang kena repeat sahaja,
ni maknanya sape2 yang tak dapat call dari puan tu dia lulus semua.
Dan aku sangat2 berharap yang aku tak dapat call dari puan..
Dah kalau macam tu keadaannya takde sape pon nak kan dapat call dari puan.
Adoi takut giler menunggu 8hb nih.
Macam-macam rasa ada.
Doakan aku dapat result yang baik2 je ok..
:)

Saturday, June 4, 2011

aku dah ade kat rumahhhh.. yeayyyyy! :D

Assalamualaikum...
Skrg dah balek umah..
Cuti sem sudah bermula..
Wahhhh sangat2 seronok ok..

Ingatkan nak balek pahang cuti sem nih..
Tapi tak jadi lakk..
So nanti raye la pulak baru balek pahangg..

Cuti2 ni tak tau nak buat ape..
Dok layan anak sedara aku jela, tengok tv, online..

24hb6 nak kena balek taiping dahh..
Sebab 27hb dah nak pindah ke KSKB Ulu Kinta..
Ok, rase sedih ade, seronok pon ade..
Sedih nak tinggalkan Taiping,
walaupon baru 1 sem tinggal kat Taiping, tapi Taiping mmg best..
Seronok sebab nak pergi tempat baru.. KSKB Ulu Kinta yang baru di bina..
Macam mane la agaknya keadaan kat saneee..

Okla takde mood lagi nak update blog,
nanti update lagi.. BYEbye! :)

Sunday, May 1, 2011

Setelah sekian lama tak update, hari ni aku update blog aku.. huhu :)

Assalamualaikum..
Dah lame tak bukak blog nih,
dah lame x peduli kat blog nih..
Hari ni sementara boleh online sekejap.
makanya aku nak update blogg..

Rindu kat blog ku inih.. huhu
Takde kesempatan mase nak update blog sekarang nih,
busy, busy & busy!
haha~

Banyak perkara yang jadi kat aku sepanjang 4 bulan aku dok sini..
Suka, duka, gembira sume ada..
Nasib baik ada kawan2 yang selalu ada ngan aku..
Tak pernah dalam hidup kena macam tuu,
Aku rase cam nak cekik2 je orang tuhh..
erghhhhhhh!

Lupakan yang sedih,
so teruskan jugak hidup kat sini..
Alhamdulillah dah nak abes sem dah..
tinggal sebulan je lagi..
Haritu trial osce n exam formatif,
aku lulus semua..
Alhamdulillah :)
Next week exam final lak, sumatif & final osce.
Doakan yang terbaik untuk aku..

Aku dah ada pengalaman keja kat wad,
memang penat.
2 minggu pertama kat wad laki, seminggu lepas tu wad perempuan lak.
Setakat ni sume ok.
Staff nurse & senior banyak tolong masa dalam wad.
Thanks banyak2 kat diorang :)

Dah sebulan tak balik rumahhh..
Rindunya kat rumahhh!!
Pengarah tak bagi balik, sedih tol.. :(
Nanti cuti sem je baru leh balik..
hmm

Ouhhh, next sem kitorang semua student KKT
kena pindah ke Ulu Kinta..
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta..
Semua student KKM kat perak ni akan dikumpulkan kat situ..
Taktau camane keadaan kat situ,
just wait n see je..

Entry kali ni takde gambar, sebab aku online kat cc je..
Malas nak bawak cable henset :D
Nanti ade masa update lagi..
doakan aku untuk final exam.
ByeBye :)


*Hari ni 1 may.. Selamat Hari Pekerja! :)
**8 may hari ibu kan? hmmm..
***12 may nurses day.. wah excited nya, 1st time nak sambut nurses dayy.. heee :)
****rase cam nak renovate blog nih, tapi boleh lagi buat mase nih.. tunggu cuti sem nanti la baru leh renovate.. haha~

Friday, February 4, 2011

Trip To Bukit Larut

Masa cuti Thaipusam itu hari aku pergi Bukit Larut. Classmate aku ada jugak join. Program kolej, Biro Pembangunan. Baru 1st time pergi sana memang rasa taknak pergi dah HAHA~ Nak naik bukit tu kena naik jip, bayar rm6 sorang. Masa mula2 sampai kat situ memang excited takyah cakap la camane kan~ Tapi ondaway nak naik bukit tu kena mengucap banyak kali pulak, hahaa. Sebabnya jalan kat situ bengkang bengkok. Bayangkan nak kena naik bukit yang sememangnya curam kot sambil lalu jalan yang bengkang bengkok tuhh.. Aku takyah kata la kan, lemah semangat sekejap. haha~ Tapi sampai2 kat atas bukit memang best, sejuk je & banyak bunga cantik2 sampai rasa macam taknak turun pulak kan. ahaha :p

bunga cantek! :)

self timer :p


Ok, nak di jadikan cerita la kan masa tengah2 tangkap gambar tu ada pakcik ni datang kat kitorang nak tolong tangkapkan gambar. Maybe sebab tengok kitorang terkial2 nak tangkap gambar guna selftimer kot, haha~ Tak pasal2 pakcik tu kena jadi photographer kitorang haritu, sape suruh die bawak dslr & mengofferkan diri dia menangkap gambar kitorang. HAHA

tembamnya aku -.-'


kami berLIMA :)

:p

**Sape kenal Sha Oo La La? Anak saudara Aris Ariwatan. Pakcik yang tolong tangkap gambar ni ayah kpd Sha tuu, huhu.. Ok la, trimas kepada pakcik tersebut! haha~