Exchange Link

Monday, December 27, 2010

Update ringkas

Minggu lepas balek pahang dalam 5 hari la jugak.
Isnin sampai Jumaat.

Hari Selasa ke Kuantan kononnya sebab nak buat medical checkup,
pergi kat Poliklinik Berserah tapi orang kat situ kate buat kat Kolej nanti je sebab ambil mase sebulan nak buat tuu.

Pergi dengan kawan aku si Piqah ayah aku bawak but balek sendiri naik bas.
Katenya dah lame tak berjalan kat Kuantan tuu,
so harus la nak jalan2 n shopping2 kat Kuantan kan. Huhu

Dah kebetulan kat Kuantan aku ajak la Syura (roomate mase sem 1) keluar sebab lame la jugak kan tak jumpe die.
Nanti tak dapat dah nak jumpe. :(

Dating2 ngan die kat ECM, pusing2 ECM tu sekejap then rase lapar teros gi makan kat Rasamas. Tak sedap la nasi die. HAHA.
Jumpe Syura kejap je pasal die nak kena hantar adik die pergi sekolah ade tution
*sian adek die cuti2 sekolah pon ade tution*


Aku tak banyak keluar pon kat Pahang.
Hari selasa tu jela sempat meronggeng habis-habisan. -.-
Balek dari Kuantan malam tu teros demam.
Dari kat Kuantan tu lagi rase nak demam tapi ingatkan demam sikit jee.
Boleh tahan jugak demamnya sampai aku tak larat nak bangunn.
Hari Rabu kawan aku ajak keluar pon aku tolak sebab memang tak larat sangat.
Pening kepala yang buat aku rase macam nak cabut-cabut je kepala ni. huhhh.


5 hari kat Pahang 5 hari jugak la aku tak online. Sadiss!
Dah balek Penang ni pon online tapi tak boleh nak berblogwalking sangat sebab internet yang sangat-sangat 'laju' macam kura-kura berlari.
Cukup update untuk kali ni. Bye!

2 comments: