Exchange Link

Sunday, February 5, 2012

macam-macam =.='

Kat dunia ni macam-macam perangai yang boleh kita jumpa kan? Dari yang baik ke kurang baik ke sangat-sangat tak baik, dari yang boleh buat kita tersenyum boleh buat kita happy ke yang boleh menyakitkan hati kita semua ada. Perangai kita sendiri pon ada kurangnya, kadang-kadang kita pun ada buat silap. Tak semua orang perfect boleh nak happy kan orang lain.. Boleh nak ikut apa yang orang lain nak. Tapi sekurang-kurangnya kita kena la tau jaga perangai kita ngan orang sekeliling biar orang sekeliling tak ambil hati ngan kita..

Kadang-kadang susah nak hadap klu ada perangai kawan-kawan yang menyakitkan hati ni.. Yang tak sedar diri tak sedar di untung. Sangat tak suka ngan perangai orang yang macam tu.



Ada yang jenis bila dah tolong di marahnya kita, bukan tau nak berterima kasih tapi lagi dia marah kita. Ingat kita ni apa kerja nak tolong dia je.. Bukan harapkan ucapan TERIMA KASIH tapi paling tidak pun hargai la sikit apa yang kita dah buat tu. Kita semua saling memerlukan right? Jangan sampai orang sekeliling menyampah sebab perangai yang macam tu..

Ada jugak yang tau nak kondem orang je macam dia bagus sangat. Bila di tegur katanya GURAU tapi agak-agak la jugak nak gurau. Sekali dua berGURAU memang tak salah tapi kalau dah berkali-kali sampai buat orang terasa hati pun namanya GURAU jugak ke? Yang dia tau MINTAK MAAF je lepas dah GURAU.. maaf maaf maaf, berapa kali nak mintak maaf.. Tiap kali cakap tiap kali orang lain terasa hati tiap kali tu mintak maaf.. Kalau orang tu tak tunjuk reaksi TERASA HATI tu tak mintak maaf la kan?

Okayy apa-apa pun kita kena cuba untuk jadi yang terbaik yang bukan jenis sakitkan hati orang yang bukan pentingkan diri sendiri. Nak puaskan hati semua orang memang tak boleh kan? So kena la pandai sesuaikan diri dengan keadaan sekelilinggg :)


Ohh ni bukan nak cakap pasal sape-sape, saje suka-suka update entry macam ni.. Tapi kalau ada buat orang lain terasa maaf banyak-banyakk ^____^

Cuti Lagi :DD

Hello Peeps!

Hoyeahh tengah cuti sekarang so wajib la aku balik rumah kan.
cuti 4 hari takkan nak terperap je dok kat kolej tuu..
Ada masa balik baik aku balik nanti tak cuti mula la homesick bagai teringat je kat rumah -,-
Now baru ada kesempatan nak update blog.

Life kat kolej macam biasa berjalan dengan lancar.
Hari-hari kelas belajar itu ini kadang-kadang bosan jugak pergi kelas nih :P
Pengajar dah start buat test sekarang so kena la rajin study walaupun hakikatnya memang malas.
Eh tapi aku study jugak tau bukan tak study langsung.
At least klu test tu aku dapat markah sikit je tak la terkilan sangat sebab ada jugak usaha aku study.
Kalau dulu harap nak meniru kawan-kawan je..
Tapi sekarang aku rasa usaha sendiri tu lagi berbaloi.. Kan?
Baru la rasa puas dapat high mark or low sekalipun sebab kita tau kita dah usaha :)
Naik cuti ni pun ada lagi 2 test yang menanti.
Nota ada bawak balik umah tapi tak start lagi study, heee
Paham-paham jela dok umah agak susah la sikit nak study kan, macam-macam dugaan yang ada.

Sepanjang minggu lepas ada Karnival Sukan kat kolej.
Aku harus la join game Bola Jaring dah yang tu je yang aku reti main :DD
Tapi malangnya kalah hahaha~
Kalau main betul-betul ada harapan nak menang kot tapi sebab main-main je harapan nak menang tu memang takdela.
Ni ha ada video yang classmate aku rakam masa kitorang tengah main.
Team aku yang warna PINK and aku pegang posisi GA (gold attack).
Lawak pulak bila tengok video nih :))

video

Kbai :)