Exchange Link

Saturday, June 30, 2012

Berakhirnya cuti semester.

Waaaa sedihnya cuti sem dah habis. Dah nak kena balik kolej. So sad.. Tak puas lagi cuti okay. Mana cukup cuti sekejap je! Tapi perjuangan harus diteruskan. Ececehhh..


Yeahh bakal masuk ke semester 4 pulak. Wahh dah semester 4 kan? Cam tak caye jek :) Tak ada apa sangat nak cakap pasal semester 3, Alhamdulillah boleh lalui dengan baik walaupun kadang-kadang ada masalah ke apa, tu semua ujian kan.

Okehhh bakal ada course baru kat kolej aku iaitu Pembantu Farmasi. So total semua ada 3 course, Kejururawatan, Pembantu Perubatan & Pembantu Farmasi. Makin sesak la kolej nampaknya -.-'

Nampaknya blog akan diabaikan lagi. Macam biasa la aku bila dah balik kolej. Memang takan online la. Online facebook je kadang-kadang gigih guna henfon :D Kesian blog aku takleh nak layan hari hari dah. Takpe-takpe nanti cuti or bila ada free time aku bagi kasih sayang secukupnya kat kau blog :D

Hope semester 4 akan dilalui dengan lancar. Doakan segala urusan aku sentiasa dipermudahkan :)


Bye! :)

Wednesday, June 27, 2012

Dejavu di Kinabalu

Mesti ramai yang tengok cite ni kan? Aku mula-mula tak layan pon cite nih, pastu dah 2,3 kali tayang cite nih baru layan. Dalam hati eh best jugak cite nih. Pastu terus melekat je tengok :)


Kalau ada yang tak pernah tengok lagi cite ni, meh baca Sinopsis Dejavu di Kinabalu :

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara. Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya. Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Cerita ni macam sweet-sweet jek. Suka tengok <3 sape suke tgk cite ni jugak? jom jadi geng! :D


Friday, June 22, 2012

Durian

Dah kenapa tetibe nak cakap pasal durian nihh? eheee. Sebab tadi baru makan durian =D Dah lama teringin nak makan, dari sebelum cuti sem lagik. Pergi pasar malam ngan kengkawan nampak orang dok jual durian. Nak beli tapi tak terbeli. Sebab munasabah tak beli aku pon tak sure :P

Korang suke makan durian? Aku suka tapi takde la dalam kategori terlampau suka. Sebab kalau makan banyak-banyak nanti muak. Anak buah aku si Adam memang suka sangat durian. Pantang nampak je mesti mintak.

sedapnya nampak isi durian nihh.
pic amik kat SINI.

Dulu masa sem 1 pernah beli durian harga rm15 ke rm18 sebijik. Sebijik okay aku ulang sebijikkk! Mahal gilerrrrr.. Share ngan kawan-kawan aku beli sebijik kongsi la ramai-ramai. Tapi nasib baik la isi durian tu sedap. Isi pon kuning je nampak. Sangat menyelerakan yeee :D aku tak sure sama ada kitorang kena tipu or what pasal harga durian tu. Tapi orang situ cakap durian jenis yang di jual tu memang mahal. So terima jela.

Durian kalau buat cekodok sedap kan? Tapi antara cekodok durian ngan cekodok pisang aku lagi suka cekodok pisang.

cekodok. sedapnyaaaa
pic amik kat SINI.

Ada sesape nak buatkan cekodok untuk aku? hehe :D
Bye!

Header sayeee :D

Godek2 album ada simpan header-header lama yang dah pernah pakai dulu. Macam-macam jenis ada. Aku nak tengok header tu pon tak sanggup. Haha. Dulu rajin la buat header tapi sekarang ya ampun malas bebeno. Tengok la header yang ada sekarang. Kalau boleh nak lagi simple dari tuu :P

ni 1st header. tak reti nak guna photoshop lagi nihh.
tapi sekarang pon tak reti jugak guna photoshop, haha.


yang 2 header ni buat sekali pakej :D time semangat rajin tu datang
macam-macam jenis header nak buat. walauponnnnnnn.........
tak lawa, kihkih. pastuh tukar je bila nak tukar.

header seterusnya ada Hello Kitty lagi.. mampu?? :D

ni pon ada Hello Kitty jugak. rasanya buat sekali dengan yang atas tuhhh.
rajin terlebih nihh -,-

header yang ni nampak macam bebudak pulakkk

header yang guna sekarang. sumpah malas nak buat haha :D

#jangan gelak tengok koleksi header-header aku nihhh :P
kbai!

Sunday, June 17, 2012

Trip to Pulau Pangkor

Yeahhhh cite dah lama sebenarnya tapi baru sekarang nak update :D terlampau busy dengan hal-hal negara, ecewahh :P

Aku memang teringin nak pegi Pulau Pangkor. Dari awal lagi bila dapat tau posting kat Hospital Seri Manjung terus rancang nak pergi Pangkor. Pasalnya hostel kat Lumut, sangat-sangat dekat dengan jeti untuk ke Pangkor ye. Jalan kaki je.

Tapi masa pergi Pangkor ni tak best sangat la. Bukan tak best sebab tempat tu tapi sebab poket tengah kosong. Haha! Eh kosong-kosong poket pon dapat jugak bersuka-ria kat Pangkor tu. Tak guna duit banyak pon. Ada 50 hengget pon boleh hidup dah haha~


sebelum pergi bergambar duluu


paling suka gambar ni :)


sebelum pergi breakfast dulu. mahal gila nasi lemak dia :/


atas feri. exciteddd~!

Selamat Datang ke Pulau Pangkor :)
Ni kat jeti dia je, dari jeti tu amek van @ teksi pergi ke Teluk Nipah. Orang kata Teluk Nipah best sebab tu pergi situ. Van dia warna PINK tau. Cantikk! :D

Sampai Teluk Nipah salin baju sume pastuh terus sewa bot.. Sekali lagi naik bot membuatkan aku menjerit tak henti-henti. Sumpah takut! Macam nak terbalik je bot tu dia bawak. Tapi lama-lama okay la ;) Abang driver bot tu bawak pusing-pusing pulau kat situ then tinggalkan kami semua kat 1 pulau untuk mandi. Mandi waktu tengahri memang rentung la semua kann -,-'

landak laut

timun laut. geli la mende alah ni, lembik

semangat tau beli topi sama :P tapi topi ni beli masa kat Teluk Batik.

gambar sama-sama sebelum balik :)
rasa nak pergi lagi Pangkor nih~

Selalu tengok orang merempit kat atas jalan je kan, kat sana boleh tengok orang merempit kat atas air tau, haha~ bye!

Friday, June 15, 2012

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS)

Assalamualaikum :)

Nama kolej aku yang sebelum ni KSKB Ulu Kinta dah selamat ditukarkan namanya kepada KSKB Sultan Azlan Shah. Alhamdulillah semalam 14 Jun 2012, KSKB Sultan Azlan Shah dah selamat dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

acara perasmian


Sultan Azlan Shah berucap.


3 hari rehearsal & acara kemuncaknya pada 14 Jun 2012 (Khamis). Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Habis je majlis terus aku cepat-cepat siap nak balik haha :D

Pasukan koir yang seramai 400 orang. Ramai kan?

KSKB SAS ni sebenarnya dah dibuka tahun lepas lagi tapi baru nak dirasmikan. Kos pembinaan kolej ni mencapai 380 juta & merupakan kolej yang terbesar dalam Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).


Yeahh rasa berbangga jadi salah seorang pelatih kat KSKB Sultan Azlan Shah :)


Gambar ambik kat sini & kat sini.

Thursday, June 7, 2012

Trip to Teluk Batik :D

Hai hai :)
Korang pernah pergi Teluk Batik? Kalau tak pernah pergi aku suggest kan korang pergi sebab Teluk Batik best! :D View kat situ sangat-sangat cantik. Aku dah berpeluang pergi ke Teluk Batik masa posting kat Lumut hari tu. Tapi pergi sekadar pergi jela tak mandi pon sebabnya malas, heee.

Pergi memang tak dirancang pon. Mula-mula ingat nak jalan-jalan area Pekan Lumut je pastuh ada pulak kawan aku cakap nak pergi & muat kereta lagi kalau nak pergi so laju jela nak ikut kan. Total sume yang pergi 12 orang naik kereta apa tah namanya tu, lebih-lebih kurang macam Avanza tuhhh. Maknanya 12 orang tu jugak la nak dalam 1 kereta tuh.. Haaaa mampu?? Semput dok dalam kereta tuh ramai-ramai nasib baik dekat jee :P pergi dengan pakcik cafe kat asrama tu nasib baik pakcik tu baik hati nak bawak pergi sana tapi kena bayar la jugak. Ingat free?? :P

5 of us :)

Aku ngan kawan-kawan lagi 4 orang tak mandi pon yang selebihnya tu je mandi. Tapi bila tengok dorang mandi jeles pulak tapi dalam hati kata takpe-takpe nanti nak gi mandi kat Pangkor. Haha masa tu semangat gila nak pi Pangkor <3

aku, syira, bella, ain,ecah

Dalam-dalam tak mandi tu kitorang naik bot pusing pantai kat situ. Abang bawak bot tu drift tak ingat dunia atas air. Aku ni macam dah ngan apa dah terjerit-jerit sebab takut. Hisyy seriau aihh kalau ingat balik :/

layan perasaan hehekk ;)

Bye!

Tuesday, June 5, 2012

5th : Hospital Teluk Intan

Assalamualaikum.

Last destination for clinical posting. Yeahhh akhirnya sampai ke penghujung sem. Antara hospital yang aku rasa seronok bekerja =)

Kat sini stay kat asrama jururawat yang dalam hospital ni. Asrama ok la bagi aku.. 1 bilik 3 orang. Tapi panas la kat situ. Dah la ada 1 kipas je memang panas yang teramat sangat la kan. Ohooo kat situ kan ada Pak Ali eh silap Charlie. Charlie yang memang membahayakan kalau kat Penang sangat la banyak. Aku dah biasa menghadap charlie so takde la macam kisah sangat sebab sepanjang aku dok Penang memang tak pernah kena gigit Charlie. Tapi, tapi, tapi kat Teluk Intan aku baru dok 2,3 hari dah kena gigit. Apa kes Charlii ni sayang aku lebih nampaknya. Menci mak taww! Nasib baik kena kat tangan & sikit je parut yang ditinggalkan tapi sangat berkesan ye pada tangan aku. Sampai sekarang tak hilang lagi parut tu.

encik Charlie yg kecik-kecil cili padi :/

For the 1st week aku ditempatkan kat wad 1D (surgikal perempuan) & 2nd week wad 1A (surgikal lelaki) tapi sepatutnya dua-dua minggu kat wad 1A kes silap jadual punya pasal masuk la kat wad 1D. Bekerja kat dua-dua wad sangat best. Eh tetibe teringat kat patient yang aku & kawan-kawan jaga sepanjang kat sana. Semoga cepat sembuh!

Kat Teluk Intan ada apa? Ada menara condong tapi tak pernah pon tangkap gambar menara tu. Eh menara tu memang condong tau excited jugak la tengok menara tu :D Kat sana jugak aku berpeluang jumpa kawan masa kat UiTM dulu si Nisah tapi aku panggil dia Nisang heee. Dua kali jugak keluar ngan dia 1st pergi pasar malam & 2nd pergi cari baju untuk nurses day and makan kat Pizza Hut. Thanks ye Nisang sebab bawak aku jenjalan =)

ni la Menara Condong

ok bye!

#gambar amek dari encik google =)

Monday, June 4, 2012

4th : Hospital Seri Manjung

Assalamualaikum.

Aku ni dah macam cerita pasal pergi melancong pulak padahal pergi praktikal je pon. Nasib la sebab banyak sangat tempat praktikal sem nih. Next adalah Hospital Sri Manjung.

Kat sini aku ditempatkan kat wad surgikal orthopedic untuk minggu pertama & wad peadiatric untuk minggu kedua. Wad orthopedic macam biasa tak banyak kerja sangat. Kalau pagi buat dressing jela (cuci luka). Kalau kerja petang memang takde kerja sangat nak buat. Kalau wad peadiatric pulak memang cabar kesabaran sikit sebab tu wad kanak-kanak. Nak buat observation pon (ambil suhu, tekanan darah) memang susah. Budak-budak kan baru tengok misi-misi ni tolak troli dah uwaaaaa nangis. Dengan-dengan aku rasa nak nangis haha :P Tapi best jugak sebab dapat pengalaman.

Aku ngan kawan-kawan stay kat asrama Kolej Kejururawatan Ipoh Cawangan Lumut. So hari-hari kena gerak awal kalau nak pergi kerja.. Kalau kerja pagi pukul 6.30am dah gerak kalau kerja petang pulak pukul 1.30pm. Ouhh cerita pasal asrama kalau nak tau asrama kat sini sangat la jeng jeng jengggg! haha. Bayangkan aku & kawan-kawan boleh bau air nescaffe, megi kari & kadang-kadang nasi hangit.. Memang selalu sangat bau. Cuba teka bau apakah ituu? jeng jeng jengggg.. Kadang-kadang ada yang dengar bunyi basuh baju. Dushh 1st day pergi memang takut tapi abaikan je niat nak menumpang kat situ kejap je.


Tapi tapi tapi.. Asrama kat situ sangat best sebab atas bukit. So keluar je dari pintu asrama boleh nampak pemandangan laut. See sangat indah okay rasa macam tengah bercuti je. Sebab tu gangguan-gangguan kecil bau-bauan tu boleh diabaikan :P

Sepanjang dok kat situ aku dapat pergi jenjalan kat Teluk Batik (tanpa dirancang yee) & Pulau Pangkor (memang dah dirancang). Sangat heaven bila dok kat Lumut sebab boleh jenjalan dengan riangnya tapa mengeluarkan budget yang banyak. haha :P

3rd : Hospital Taiping

Assalamualaikum :)

Destinasi ketiga aku posting untuk sem 3 adalahhh Taiping (macam percutian pulak kann). Tempat yang memang dirindui. Setelah hampir 1 tahun tinggalkan Taiping, akhirnya aku & kawan-kawan kembali ke Taiping untuk berpraktikal. Kalau dulu masa sem 1 duduk kat dorm tapi masa sem 3 ni dapat duduk kat bilik. Dapat jugak merasa bilik kat Taiping nih.

Kat sini aku & kawan-kawan ditempatkan kat wad C4 (medikal lelaki). Ok duduk kat wad ni memang menguji tahap kesabaran aku. Mengingatkan sebab aku datang nak belajar je yang boleh buat aku sabar. Layankan aje rentaknya..

Dah ada kat Taiping memang peluang untuk jalan-jalan tak dilepaskan. Benda yang paling aku nak buat masa sem 1 naik swan kat Taman Tasik. Yeahh aku berjaya pergi naik ngan kawan-kawan! :D

aku & Syira

Ain & Bella

And 1 more thing yang memang takkan dilepaskan kalau ada kat Taiping, makan ABC & Yong Tau Fu kat bomba. Semangat jalan jauh-jauh sebab nak pergi makan. ABC & Yong Tau Fu kat sini memang best! :D

ABC :)

Masa kat Taiping ni la penat lelah mengutip Cross sebab nak exam dah. Pagi kerja cam biasa kat wad C4, habis kerja pergi ambil cross kat wad lain. Petang baru balik. Sangat-sangat la penat okayy!

Pentingkan diri + tak sedar diri. Motif?? Yang baru kenal rapat VS yang memang dah lama kenal rapat. Sekian :)

:)

Sunday, June 3, 2012

2nd : Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Assalamualaikum.

Yeayy update lagi! haha update update sampai taktau nak update apa nanti senyap la aku :P Tempat kedua posting HRPB Ipoh. Kat sini aku & kawan-kawan ditempatkan kat wad maternity jugak. Cuma yang lainnya kat sini Wad Antenatal, Postnatal & Labour room diasingkan tak macam kat Hospital Kuala Kangsar. Minggu pertama antenatal + 2 hari kat labour room & minggu kedua kat postnatal.


Kat sini ok la walaupun sebenarnya tak berapa nak ok tapi ok la jugak (camane tuh??) Disebabkan dah pernah masuk maternity so jadi macam bosan pulak bila kena masuk lagi maternity for 2 weeks. U know what takde kerja laa -,- Hari-hari pon bosan jeee.. Dok main-main ngan baby nasib baik ada baby-baby yang comel :D


Kat sini stay kat asrama Kolej Kejururawatan Ipoh. Duduk kawasan dekat ngan shopping mall so memang hari-hari la keluar. Nak makan pon memang kena makan kat luar and hasilnya adalah duit habis dengan sangat cepat :/

see saya dukung baby lagi, heee

Sekian entry kali ni.. bye! :D

1st : Hospital Kuala Kangsar

Assalamualaikum.

Macam yang aku dah cakap kat entry sebelum nih nak cerita pasal perjalanan sepanjang aku sem 3. So here, aku nak cerita pasal clinical posting aku. Tempat pertama adalah Hospital Kuala Kangsar. Masa mula-mula dengar nama Hospital Kuala Kangsar tu rasa macam 'eh kat mana nak kena hantar posting nih, ceruk mana pulak nak pergi kan'. Semangat nak pergi posting tu memang berkobar-kobar la kan.

Bila dah sampai sana, Oh God rasa macam nak lari balik je. Sumpah seram gila asrama yang aku & kawan-kawan aku kena duduk selama 2 MINGGU. Macam takleh terima hakikat pon ada. 6 orang duduk kat asrama yang ada 3 tingkat. Apakah??

Kat sana 1 bilik duduk 3 orang, means dalam banyak-banyak bilik yang ada hanya 2 bilik je yang di guna. Bilik sebelah-sebelah so tak kisah la. Masa ditunjukkan tempat kat situ siap penyelia asrama ada pesan lagi, kalau dengar bunyi apa-apa tu mungkin angin tolak pintu. Buat tak tau je. Boleh bayangkan perasaan kitorang semua masa tu? Cuak giler! :/ Bilik kat kawasan tengah, toilet nun di hujung belah kanan, tempat sidai baju nun di hujung belah kiri. Yang dekat dengan bilik tempat basuh baju ngan tempat solat je. Hari 1st duduk situ semua takut-takut je. Aku dengan kawan aku siap mandi sama-sama lagi takut punya pasal. Lampu dalam bilik bak kata kawan aku 'macam lampu zaman Florence Nightingale dulu' romantik habis lampunya.

Lupakan pasal asrama now pasal hospital pulak. Kat sini kitorang ditempatkan kat Wad K1B (gynae & maternity). Sumpah rindu wad ni! :') Excited takyah nak cakap la kan bila masuk wad ni sebab kat sini la kitorang berpeluang tengok proses kelahiran. Masa si ibu tengah sakit tu sokongan emosi sangat la penting. Sangat sakit bila tengok proses kelahiran tu. Tak dapat nak bayangkan camana la aku nanti.. HAHA lambat lagi la Ira! :P

1st baby yang aku & kawan-kawan sama-sama tengok
proses kelahiran dari awal sampai akhir. Nasib baik si ibu sporting!

1st baby yang aku dukung.
Aku tak pernah dukung baby baru lahir okay!
Nampak sangat kekok aku dukung baby tu.
Haha :D

2nd baby aku dukung.
Ok sikit kot walaupun still nampak kekok.
Heee :D

Kat sini banyak benda yang aku & kawan-kawan dapat belajar. Dalam banyak-banyak hospital aku pergi, hospital ni memang terbaik. Dari staff bawahan, faber, PPK, Jm, staff nurse ngan doktor sendiri semua bagus. Kalau ikut doktor buat round macam-macam ilmu boleh belajar. Doktor akan ajar satu-satu. Dari tak tau terus jadi tau. Staff nurse semua mesra-mesra alam. Jalan-jalan dalam kawasan hospital mesti ada je yang tegur. Tanya dah makan ke apa ke. ohh kat sini memang selalu dapat makan free. Seronok kan? Sebab tu la makin gemuk! haha :D

SN Harlina.
Local Preceptor kami.
SN memang baik.
Eh sekarang dah jadi sister!
:)

Dr Ong Seong Aun.
Doktor yang sangat bagus.
Doktor yang sangat suka mengajar.

Rindu Hospital Kuala Kangsar & semua staff. Hospital ye bukan asrama! haha :D ok bye!

yeahhh.. kembali! :D

Hai hai hai!
Hello dunia lama gila tak update blog,
last update masa tengah cuti mid sem haritu.
Gila kau lama bukan main tak update.
Sekarang ni tengah cuti sem pulak sebab tu ada masa nak
update blog :P

Busy mengalahkan PM dah aku ni.
Well seperti biasa Ira kan memang sentiasa busy.
Haha!

Cuti-cuti akan ku manfaatkan dengan mengupdate blog.
Banyak benda nak cerita.
Of course cerita mengenai perjalanan aku sepanjang semester 3.
Eh aku dah nak masuk sem 4 laa,
Oh God sekejapnya masa berlalu.
3 more sem to go.
yeahh! :)

Okay la entry suam-suam kuku dulu.
Dah lama tak menaip so practise menaip dulu,
haha.
Bye! :D