Exchange Link

Thursday, February 3, 2011

Aku Kembali! :)

Assalamualaikum..

Aku kembali ke blog aku nihh! Dah naik berhabuk, bersawang dah blog aku ni. Nak kena cuci semula nampak gayanya. huhuu :)

Sekarang dah masuk sebulan aku dok kat Kolej Kejururawatan Taiping (KKT). Sekarang tengah cuti tahun baru cina, so balik rumah boleh la ambil kesempatan m'on9 kan diri sepuas hati HAHA. Aku still dalam proses menyesuaikan diri lagi kat kolej tuu.. 1st day masuk sana aku dah rasa nak balik rumah. Apakah? Homesick? Hmm no komen. HAHA. Aku tiap2 hari pon rasa macam nak balik rumah. Taktau la kenapa, tak macam aku dok UiTM duluu, aku rasa macam taknak balik rumah langsung. haha..

sengaja menyelitkan muke sendiri :))

Tapi sekarang aku dah makin ok kat sana.. Cuma kadang2 tu ada gak teringat kat rumah. huhu.. Apa yg boleh aku kata, life aku kat KKT ni berbeza 100% dgn life aku kat UiTM. Peraturan kat KKT sangat2 lah ketat.. Mula2 memang takleh terima, tapi sekarang dah ok la.. Kawan2 aku suma pon ok setakat ni. Dormmate aku ade 8 orang (termasuk aku 9), classmate aku ade 45 orang (termasuk aku 46) Setiap hari lalui benda yg sama jee, kecuali hari sabtu ngan ahad. Sebab aku ade macam2 plan dgn dormmate aku, & kadang2 plan dgn classmate aku! HAHA

> isnin-jumaat aku bangun tidur seawal 6.15 pagi
> dalam pukul 7.00 - 7.15 pagi aku dah sampai kat kelas utk letak beg,
lepastu baru pegi makan. (makan sekejap je) maknanya dalam
pukul 7.30 pg tu aku dah ada dalam kelas.. Apakah??
> rehat pukul 10.00 -10.30 pg.. 12.30 - 2.00 ptg
> pukul 5.00 habis kelas
> isnin & rabu ada riadah, aku main bola jaring (biro sukan)
> khamis, kena menjual (biro pembangunan)
> kelas BI, selasa & khamis, 8 - 10 malam
> prep : isnin, rabu, jumaat pukul 8-10 malam. sabtu, 8-10 pagi
> rollcall setiap hari, pukul 10 mlm.. ???
> boleh bermalam kat luar sebulan sekali je termasuk cuti2 am..
> outing : isnin-jumaat, 5-7 ptg. sabtu, 10.30-7.00 ptg. ahad, 7-7 ptg..
huhh
> laptop tak boleh bawak
> penggunaan henset di larang masa office hour

Tu antara perkara2 yang aku kena buat sepanjang kat KKT.. Kena terima seadanya la kan. huhu.. Nama pun kerajaan, harus la camtu kan. Sekarang dah ok ngan peraturan2 ni. Next time aku update lagi. Bye! :D

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 :)

Assalamualaikum..
Happy New Year!
Dah masok tahun 2011 dah, tapi 2010 tetap tak boleh di lupekan.
2010 tahun yang banyak kenangan yang semestinya aku takkan delete dari memori aku nihh.
Kalau boleh rase macam nak ulang balek jee huhu.
Makin meningkat tahun, makin meningkat la umur.
Tua dah aku nihh HAHA.
Eh tapi aku baru je cukop umur 18 tahun mase 4 november hari tuu,
so kire macam aku still 18 tahun la kan?
HAHA

Tahun 2010,
aku mule masok UiTM di hatiku tuu.
Aku mule belajar hidup berdikari.
*sebelum ni aku tak penah berenggang ngan family aku ok*
Aku mule belajar ape itu Kulinari.
Aku mule dapat merasa hidup sebagai student Universiti.
Aku mule belajar camane susahnya hidup.
Aku dapat ramai kawan baruu.
*d1d2 korang tetap aku ingat sampai bile-bile*
Aku mule belajar.....
Aku mule.....
hmm ape lagi ek?
Banyak lagi sebenarnya tapi takpela ade mase aku update lain HAHA.
Aku nak kena tido awal sebab nanti pukul 6 pagi dah nak gerak ke Kolej Kejururawatan Taiping.
Aku bakal mendaftar sebagai student kat sanee. huhu
Ape-ape pon,

Happy New Year!
Tahun baru, hari baru, aku bakal mulekan hidup kat tempat baru. haha
Selamat tinggal UiTMpp :'( Selamat datang Kolej Kejururawatan Taiping :')
*ni status yang aku update kat fb tadi hehe

*aku tak boleh nak update entry letak gambar sebab masalah internet yg sangat 'lajuu'
**aku nak update entry ni pon macam ngan ape je nak tunggu loading huhu
***so harap korang tak bosan la bace blog aku yang macam karangan UPSR nihh :D

Tuesday, December 28, 2010

Best~~

Tadi ade budak anta chat kat facebook.
Sape ntah aku pon tak kenal.
HAHA.
Die bagi link ni soh bukak.
Katanya bestt sebab tu tajuk entry ni pon aku letak best.
haha

http://www.luna-maya.com/

Tension tol aku kalau ade orang bagi kat chat link2 macam nihh.
Kononnya nak kenakan la tuhh.
Tapi niat die nak kenakan aku tak berjayee.
Nasib baik la aku dah biase ngan link2 yang macam nihh.
Link ni dah lapuk la weyyyy!
Silap orang la kau budak.
Gi cube nasib bagi link ni kat orang lain la.
HAHA